Saturday, August 8, 2009

Orang yang terasing

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba (orang terasing) ini?” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.”" [HR at-Thabrani dalam al –Kabir]

Islam yang muncul pertama kali dalam keadaan terasing... betapa bilangan mereka yang sedikit tetap berusaha melindungi Rasulullah dari disakiti kaum musyrikin. Semoga diri ini dapat meneladani mereka...

Cabaran Muslimah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Segala puji-pujian kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi menikmati kehidupan seiring dengan usaha menjunjung perintah dan menghindari larangan-Nya.

Sesungguhnya cabaran yang dihadapi oleh Muslim dan Muslimah di saat ini di mana Islam tidak dilaksanakan secara kaffah di dalam kehidupan, amatlah besar. Islam kini hanya dilaksanakan di dalam beberapa perkara yang terpilih sahaja seperti ibadah khusus, dalam hal makanan dan minuman (math’umat), pakaian (malbusat), undang-undang kekeluargaan (munakahat) dan juga pembahagian harta pusaka (fara’id). Selain dari hal-hal ini, sebahagian besar dari syariat Islam telah dipinggirkan dari kehidupan individu, masyarakat dan juga negara. Justeru, kita menyaksikan impak negatif yang timbul sejak sekian lama yakni lemahnya fikrah Islam dari dalam diri penganutnya termasuklah Muslimah. Kaum Hawa yang dianggap golongan yang lemah ini sering terjebak dalam gejala sosial dan terjerumus ke lembah maksiat. Episod luka yang penuh memilukan ini dapat kita saksikan saban hari melalui paparan kisah-kisah pergaulan tanpa batas, tidak menutup aurat, perzinaan, pelacuran, pembuangan bayi, pengguguran haram dan pelbagai bentuk maksiat lagi yang melibatkan kaum wanita.

Di sisi lain, Muslimah turut menjadi mangsa kekejaman sistem sekular yang kejam ini tanpa pembelaan yang sewajarnya dari pihak pemerintah. Sistem pemerintahan Kapitalis yang menghimpit membuatkan ramai dari kalangan mereka terpaksa berhempas-pulas bekerja dan sebahagiannya menjadi tulang punggung dan nadi ekonomi rumah tangga kerana pendapatan suami yang tidak dapat menampung, khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Ada yang lebih memeritkan seperti golongan ibu tunggal yang tidak pernah diberi perhatian oleh pihak pemerintah.

Malangnya, sebahagian besar masyarakat termasuk golongan Muslimah sendiri tidak menyedari akar kepada semua masalah ini adalah kerana sistem sekular yang diterapkan di negara-negara umat Islam setelah jatuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H, bersamaan 3hb Mac 1924M. Sejak itu, oleh sebab ajaran Islam telah dipisahkan dari kehidupan, maka natijahnya, taraf berfikir umat Islam menjadi semakin lemah. Ditambah dengan serangan pemikiran dari Barat yang mana sebahagiannya ditujukan kepada Muslimah, menambah parahkan lagi kecelaruan di dalam berfikir kaum Hawa ini. Virus-virus seperti hak asasi manusia, poligami, hak sama rata di antara lelaki dan perempuan, kebebasan berakidah, bertingkah laku, berpakaian dan sebagainya telah menjangkiti sebahagian besar Muslimah, menyebabkan jalan keluar yang mereka pilih adalah kaedah penyelesaian yang dibawa oleh Barat itu sendiri, yang dilihat dapat memuaskan akal mereka. Oleh itu, lahirlah pejuang-pejuang hak wanita yang memperjuangkan feminisme, kesetaraan gender, kebebasan dan sebagainya yang mengikut acuan yang telah dibuat oleh Barat sepenuhnya.

Sehubungan dengan ini, usaha untuk mengembalikan semula kesedaran dan kemuliaan di kalangan wanita sentiasa berhadapan dengan cabaran yang getir. Untuk mewujudkan kesedaran akan wajibnya kaum Muslimah kembali kepada hukum Allah dan Rasul bukanlah usaha yang mudah, kerana ramai di kalangan mereka yang sudah lama ‘mabuk’ dengan pesona kebebasan yang dibawa oleh kuffar Barat.

Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan diikuti dengan doa kepada Allah Azza Wa Jalla, Insya Allah akan membuahkan hasil dalam mengembalikan semula kesedaran dan kemuliaan ini. Sesuai dengan kata-kata Khalifah Umar Al-Khattab r.a, “La Izzata Illa Bil Islam” (tiada kemuliaan tanpa Islam) yang bermaksud hanya dengan mengamalkan ajaran Islam sahajalah yang akan dapat membawa kemuliaan kepada umat ini, maka ruangan Muslimah ini diharap dapat memberi penjelasan dan kesedaran berkenaan masalah yang menimpa kaum Muslimah dan satu-satunya jalan penyelesaian yang wajib diambil adalah Islam.

Selain dari usaha di atas, ruangan ini juga berusaha untuk menimbulkan kesedaran bahawa hukum dan perintah Allah dalam mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah turut terbeban di atas bahu kaum Muslimah dan bukan hanya kewajipan kaum Adam semata-mata. Firman Allah,
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya” [TMQ at-Taubah (9):71]

Akhir sekali, ruangan ini diharapkan dapat memberikan pencerahan dan menyuntik semangat di kalangan Muslimah khususnya, bahawa tangan yang menghayun buaian ini mampu merubah dunia melalui aktiviti dakwah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar sehingga Islam benar-benar menjadi rahmatan lil ‘alaamin.

Sumber: www.mykhilafah.com/muslimah

Wasiat Lukman Al-Hakim

[13]
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
[17]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
[18]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[19]
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

(Surah Luqman [31]: 13-19)

Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam

Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.

Sedang mengusahakan meletakkan gambar bukunya... InsyaAllah... :)

Rasulullah



Rasulullah dalam mengenangmu
kami susuri lembaran syirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran
engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
tegarnya hatimu menempuh ranjaunya

tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau Rasul mulia
tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengejar arti kesabaran
menjulang panji kemenangan
terukir namamu di dalam alQuran

Rasulullah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami coba mengingatimu
dan kami coba mengamal sunnahmu

kami sambung perjuanganmu
walau kami dicaci dihina
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Anakku hebat Anakku soleh



Maaflah belum ada ulasan tentang buku ini... InsyaAllah... akan datang. :)

Jom usahawan Muslim

Bagi memeriahkan lagi suasana di sini... saya ingin mengajak para usahawan Muslim untuk turut serta dalam aktiviti kuiz minda ini...

Perancangan saya... sahabat-sahabat tawarkan e-kupon diskaun kepada mereka yang dapat menjawab kuiz minda di blog ini dengan betul... dengan itu dapatlah pemenangnya membeli produk Muslim jualan kalian pada harga yang menarik... Kiranya sahabat-sahabat berminat, jangan lupa tinggalkan info untuk dihubungi... :)

Sama-sama kita beramal...

Iktibar dari bumi Palestin



26 Disember 2008 yang lalu… Penduduk Palestin telah dizalimi lagi untuk kesekian kalinya. Kekejaman yang dilakukan oleh LAKNATULLAH REGIM ZIONIS ke atas penduduk Palestin kali ini entah kenapa telah benar-benar mencetus rasa kepedulian yang amat tinggi dalam diri ini ke atas nasib yang menimpa penduduk Palestin. Masakan tidak... Melihat wajah anak-anak comel yang menahan kesakitan dan tubuh-tubuh kecil yang terbujur kaku amat meremukkan jiwa keibuan diri ini. Wajah-wajah mereka bersilih ganti dengan wajah-wajah permata hati kesayangan diri ini. Tidak betah rasanya untuk sekadar melihat sahaja apa yang berlaku... sesuatu perlu dilakukan!

Maka bermulalah satu usaha kecil... pencarian sebanyak mungkin maklumat mengenai asal-usul konflik di Palestin dan punca permasalahannya telah menemukan diri ini dengan suatu cetusan kesedaran yang amat tidak ternilai harganya!

Iktibar 1
Betapa rupa-rupanya Al-Quran itu telahpun memberi petunjuk-petunjuk hidup yang amat jelas bagi manusia menempuh kehidupan yang serba misteri ini... Faham benarlah diri ini sekarang dari mana datangnya kesabaran, keteguhan pendirian dan jati diri penduduk Palestin walau dihentam sedemikian rupa...

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).

Iktibar 2
Betapa dengan runtuhnya sistem kekhalifahan yang mentadbir kehidupan manusia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang diusahakan pihak musuh itu telah berjaya melemahkan kesatuan umat Islam seluruh dunia. Jika dahulu umat Islam bersatupadu dan saling membantu di bawah bendera Khalifah Islam tapi kini umat Islam dipecah belahkan melalui pelbagai ideologi-ideologi buatan manusia.

”Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah Al-Anfaal: 73)

Inilah kesannya...





Setelah itu maka bermulalah era ”Kau jaga negara/negeri/keluarga/diri kau dan aku jaga negara/negeri/keluarga/diri aku sendiri! Jangan masuk campur! Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang!” Strategi mereka nampaknya berkesan!!!





Penerapan ideologi ciptaan manusia bongkak yang tidak mahu menerima sistem nilai kehidupan yang telah ditentukan oleh Pencipta diri mereka telah berjaya menyusup ke dalam minda-minda manusia yang leka!

Faham benarlah kini kenapa pihak musuh berusaha benar meruntuhkan sistem khalifah dan melalaikan manusia dari mendekati dan mendalami Al-Quran... Kerana ajaran di dalam Al-Quran tidak memenuhi kehendak mereka yang inginkan kekuasaan dan tamakkan keduniaan sedangkan sistem nilai kehidupan yang telah diajar di dalam Al-Quran menegah manusia dari melakukan kerosakan di muka bumi ini malah lebih mendorong manusia ke arah membuat kebaikan dan menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup...

”Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 11)

”...Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (Surah Al-Baqarah: 60)

”...berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (Surah Al-Baqarah: 205)

”Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” (Surah Al-Maaidah [5]: 32)

”...Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Maaidah [5]: 64)

”Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya...” (Surah Al-A’raaf : 56)

”...dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-A’raaf : 85)

Iktibar 3
Betapa rupa-rupanya musuh telah berjaya melemahkan minda dan jati diri umat Islam melalui agenda perang saraf mereka di media-media perantaraan mereka... bahan bacaan, TV, Internet malah aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Bukti nyata di depan mata... bukan sedikit bilangan pemuda pemudi Islam warisan ummah kini yang lebih cintakan keseronokan dan hiburan semata-mata hingga terlupa dirinya punya tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh yang mencipta diri bahawa...

..."Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"... (Surah Al-Baqarah 2:30)

”Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Surah az-Zariyat 51: 56)

Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud 11: 61)

”....Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-An’aam 6:162)

Terima kasih wahai Palestina kerana mencetuskan kesedaran ini... semoga Allah merahmati kalian... Buat mereka yang telah ’pulang’, kekal berbahagialah kalian di sisiNya. Doakan diri ini juga agar dapat meneladani keperibadian kalian... Amin...

Dengan itu... inilah jihad kecil diri ini buatmu Palestina... mengajak diri sendiri dan ibu-ibu Muslim yang lain untuk beriltizam membentuk generasi Al-Quran agar generasi ini pada suatu masa kelak menjadi barisan para pemimpin yang teguh jati diri mereka menegakkan daulah Islamiyyah sebagaimana yang diperjuangkan oleh Allahyarhamah Zainab Al-Ghazali. Semoga Allah menerima jihadku yang amat kecil ini...

Masih ada yang mengingatimu...

Friday, August 7, 2009

Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna



Sedang membaca buku BESTSELLER ini...

Thursday, August 6, 2009

Trendy ke fesyen ni?

Satu hari Aida (bukan nama sebenar) bercadang membeli beberapa helai pakaian baru. Almaklumlah... duit dah masuk akaun bank nampaknya... Tapi Aida agak keliru... mana satu pakaian yang nak dibelinya? Terlalu banyak pilihan!

Nak pilih yang ni ke?

Sekadar gambar perhiasan dunia.

Atau yang ini...?


Ke yang ini...?


Sambil membelek-belek begitu banyak pakaian di depannya... Aida terfikir pula "Sesuai ke pakaian ni? Cantik ke orang tengok ni?"

"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Azamku... semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini dalam menempuh perjalanan hidupku kerana...

"... Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam". (Surah al-An’am: 162)

Semoga dipermudahkan. Amin... Lagi sumber bacaanku dalam usaha memperbaiki diri.

Wanita jangan kembali hina!



Dalam satu temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab Al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya - kebebasan,hak ekonomi, hak politik, hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab Al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, di mana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumahtangga Muslim yang sebenar.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


----------------------------------------------------------------------------------

Sudah cukup bahagia dengan kehidupan saya sebagai seorang wanita Muslim. Syukur Alhamdulillah...



Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapi maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....

Sumber: Untuk Seorang Wanita

Siapa saya?

Saya ialah seorang cucu perempuan dari cucu-cucu Rasulullah SAW.

Ibuku ialah Zainab Kubra, anak perempuan Rasulullah

Saya dilahirkan sebelum hijrah, namun aku berhijrah bersama ibuku ke Madinah kerana ayahku masih lagi musyrik sehinggalah ia memeluk islam beberapa lama sebelum hudaybiah.

Rasullulah pernah mendukungku ketika solat, apabila baginda sujud baginda meletakkanku dan apabila berdiri baginda mendukungku semula.

Ibuku wafat pada tahun 8 Hijrah, sementara ayahku pula tahun 12 Hijrah, lalu aku dijaga oleh Az zubair bin Al Awwam.

Aku dikahwini oleh Ali bin Abi Talib atas wasiat makcikku Fatimah Az Zahra’.

Aku hidup bersama Ali sehinggalah beliau syahid pada tahun 40 hijrah.

Selepas itu aku dikahwini oleh Al Mughirah bin Naufal, dan aku tidak melahirkan anak…

SIAPA SAYA...??

10 Peribadi Muslim

10 Peribadi Muslim

Salimun Aqidah
[Aqidah yang sejahtera]

Sohihul Ibadah
[Ibadah yang Benar]

Matinul Khuluq
[Akhlak yang unggul]

Qadiran Ala Kasbi
[Mampu berdikari]

Mutsaqqafal Fikri
[Fikiran yang berpengetahuan]

Qawiyyul Jism
[Kuat tubuh badan]

Mujahadah Ala Nafsi
[Mampu melawan nafsu]

Munazzamun fi Syu’unihi
[Tersusun dalam urusan/berdisiplin]

Harithun Ala Waqtihi
[Menjaga Waktu]

Naafi’un Ligharihi
[Bermanfaat kepada orang lain]

Rumahku Syurgaku


Kuimpikan keluarga bahagia...




Bersama permata ayah dan bonda...

Senangnya bersalin...

Satu hari seorang sahabat maya menceritakan pengalamannya menemani isteri beliau semasa dalam proses melahirkan zuriat mereka di dalam blog beliau. Betapa dengan hanya melihat saja si isteri bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka itu ke dunia sudah cukup jelas menggambarkan betapa kepayahan melahirkan seorang cahayamata. Seorang sahabat maya yang lain di dalam komen beliau sambil mengucapkan tahniah sempat pula menyuarakan rasa kehairanan apabila mendengar kisah mereka yang seperti mudah saja melahirkan anak di luar nikah di dalam tandas, di belakang rumah, di sana, di sini, di mana-mana.

Pada hemat saya...
Sengaja Allah meringankan sakit mereka itu di dunia supaya mereka mendapat balasan yang lebih berat ketika di alam akhirat. Semoga mereka masih sempat bertaubat sebelum tiba masanya dijemput ajal. Perlu difikirkan juga, satu hari nanti kita juga akan bergelar ayah dan ibu... tidak mustahil anak-anak akan mewarisi sikap ayah dan ibu mereka ketika usia kanak-kanak, remaja dan dewasa mereka.

Saya juga seorang ibu... Sesungguhnya pengalaman melahirkan anak masih lagi menjadi satu kegerunan bagi diri saya sendiri biarpun saya telah mempunyai 4 orang cahayamata. Magiknya... kesakitan itu terus saja hilang sebaik memandang wajah si comel di sisi. Si comel yang merupakan satu anugerah yang diamanahkan oleh Allah untuk dibelai, dilindungi dan dididik bukan untuk dibuang seperti sampah di mana-mana. :(

Mari anak-anak...



Pertama kali melihat video ini, dia terfikirkan sesuatu. Dia membayangkan jika salah seorang anak-anak comel yang menangis itu adalah anak-anaknya.

Sejujurnya dia berasa teramat sayu... walau apapun sebab tangisan mereka itu... sebagai ibu tentunya dia amat terharu... namun dia menjadi lebih sayu apabila mengenangkan betapa besarnya kesalahannya sebagai seorang ibu jika tidak dapat membimbing mereka ke jalan menuju Syurga...
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu).” (Surah Al Anfal: 27)

Betapa dia insaf... Dia merasakan dia masih tidak menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka... tapi dia memang sayangkan mereka... Sungguh...! Demi mereka dia akan terus berusaha... "Mari anak-anak mama, kita pegang tangan bersama-sama... Kita ikut jalan yang lurus itu!"
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)


Jom ibu-ibu

Seorang ibu bertanggungjawab membesarkan anak-anaknya dalam suasana Islam dan ia bertanggungjawab terhadap amanah ini di Akhirat nanti.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu).” (Surah Al Anfal: 27)

Yang harus dilaksanakan terhadap anak-anak ialah yang berhubungan dengan hal-hal berikut:

A Pendidikan

1.Senantiasa menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak. Rasa-rasa seperti Allah itu Maha Melihat, Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Pemurah dan lain-lain sifat kesempurnaan Tuhan hendaklah ditanamkan dalam segala hal Inilah yang dikatakan menanamkan iman dalam din anak-anak

2.Senantiasa menanamkan rasa kehambaan dalam diri anak-anak. Rasa ini ialah rasa berdosa, rasa diri lemah, hina, senantiasa bergantung kepada Tuhan dalam segala hal, senantiasa rasa tidak selamat tanpa rahmat dan pengampunan Tuhan.

3. Melatih anak-anak berakhlak mulia, bukan saja karena kebiasaan, tetapi karena takut dan malu kepada Tuhan.

4. Kuatkan dan suburkan tubuh anak-anak dengan makanan yang halal dan dengan memberi riadhah, tetapi hindarkan mereka dan bermain benda-benda berbahaya.

5. Memperhatikan kecenderungan anak-anak (suburkan kecenderungan yang baik dan kawal kecenderungan yang buruk), memberi petunjuk mengenal ilmu-ilmu adab dan menambahkan minat mereka pada pelajaran.

6. Ajarlah mereka cara berhadapan dengan semua lapisan masyarakat dan memuliakan setiap orang yang digaulinya.

7. Ajar mereka supaya menghormati ayahnva dan orang yang lebih tua.

8. Didik mereka supaya menghormati gurunya.

9. Tanamkan rasa cinta terhadap pnbadi Rasulullah SAW dan ahlul baitnya serta para Sahabat baginda dan pejuang-pejuang kebenaran agar ia berjiwa besar.

10. Ajar mereka akan Al Ouran dan tanamkan rasa cinta kepadanya.

11. Biasakan mereka melalui cara hidup Islam tanpa menyerupai cara jahiliah dan kafir.

12. Tanamkan cita-cita untuk hidup dan mati dalam berbakti kepada Allah sebagai pejuang dan menjadi anggota masyarakat yang baik.

13. Hendaklah diajar anak-anak tentang akhlak dan budi pekerti yang mulia. Biasakan anak-anak dengan perangai yang terpuji. Apabila mereka menampakkan akhlak yang baik dan perbuatan yang terpuji hendaklah ia dimuliakan dan diberi ganjaran yang sesuai.

14. Apabila anak mulai berakal, latihlah ia supaya ia kuat berperasaan malu yaitu malu melakukan perbuatan yang keji tetapi tidak malu melakukan kebaikan.

15. Anak hendaklah diajar dan dibiasakan dengan sifat qanaah dan berhemat cermat. Ajari dia bahwa mengambil harta orang lain atau meminta-minta itu tercela, hina dan rendah derajat karena sifat itu merupakan kebiasaan seekor anjing yang mengibaskan ekomya menunggu pemberian orang.

16. Laranglah anak dari bersumpah baik itu benar atau salah kecuali dalam keadaan darurat.

17. Ibu dan bapak hendaklah selalu mendoakan anak dengan doa yang baik-baik dan janganlah memaki atau menyumpah mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Doa ibu lebih cepat makbul.” Orang bertanya, “Kenapa ya Rasulullah?” Jawab baginda: “ibu lebih penyayang dari bapak dan doa dari orang yang penyayang tidak akan tersia-sia.”Seorang pemuda datang kepada Abdullah bin Al Mubarak r.a. yang mengeluhkan anaknya. Beliau bertanya, ‘Pernahkah anda mendoakan dia celaka?” Jawab orang itu, “Ada.” Ujar beliau, “Andalah yang merusakkan dia.”

18. Laranglah anak-anak bermain di hadapan ibu bapak, guru atau orang yang lebih tua. Sebaliknya didiklah anak-anak supaya menghormati mereka itu dan memandang mereka dengan penuh takzim.

19. Selalu mengingatkan anak supaya berbakti kepada ibu bapak. Sabda Rasulullah SAW:”Dirahmati Allah bapak yang membimbing anaknya untuk berbakti kepadanya.”. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan telah berwasiat Kami lerhadap manusia agar mereka berbuat baik kepada kedua ibu bapak.”

20. Anak-anak hendaklah diawasi baik-baik dan dilarang dan berteman dengan kawan-kawan yang buruk akhlak. Hindarkan juga mereka dari berteman dengan kanak-kanak yang dibiasakan bersenang senang dan bermewah-mewah seperti memakai pakaian yang mewah, tidak menutup aurat, berwarna warni dan berbagai macam mode.

21. Anak anak harus diajar duduk mengikuti Sunnah

22. Latihlah anak anak supaya berdiri bila didatangi oleh orang yang lebih tua atau bercakap dengan mereka. Dalam majelis bila orang yang lebih tua berdiri, hendaklah berdiri juga.

23. Jangan biasakan anak anak melakukan pekerjaan secara rahasia karena ini melatih dia berbuat kemungkaran

24. Latihlah mereka mendirikan shalat bila umurnya tujuh tahun. Jika pada umur 10 tahun ia masih malas sholat, ia boleh dipukul.

25.Didiklah anak supaya takutkan Allah. Firman Allah Swt yang artinya: “Ambillah olehmu bekal di dunia untuk akhirat dan sebaik baik bekal ialah anak yang takut kepada Allah Swt.

Didikan anak anak terhimpun dalam hadits Rasulullah:

“Didiklah anak anak dengan tiga perkara:
1. Cintakan Nabi Muhammad SAW
2. Cintakan keluarga dan sahabat Baginda
3. Selalu membaca Alquran

Seorang ulama berkata:

“Didiklah anak anak agar mereka kasih dan takut kepada ibu bapak. Jangan kasih saja, kelak dia akan melawan. Dan jangan takut saja, kelak dia akan benci”.

B. Menasihati dan Mendenda Anak-anak

1. Jika sekali-sekali anak-anak membuat kesalahan ia patut dimaafkan sekiranya kesalahan itu tidak berbahaya atau tidak disembunyikan dari pengetahuan orang ramai untuk menutup aibnya.

2. Anak-anak yang melakukan kesalahan jangan dtcaci supaya mereka tidak biasa mendengar cacian. Cacian yang berulang ulang membuatkan mereka berani membuat kesalahan itu lagi

3. Seorang ayah jangan selalu memarahi dan memberi malu pada anak anak sebaliknya memberi petunjuk yang baik berkali-kali sehingga dia terbiasa dengan kebaikan itu.

4. Seorang ibu harus menasihati anak-anaknya supaya segan dengan bapaknya dan meninggalkan segala kelakuan yang buruk.

5. Kesalahan anak hendaklah dinasihatkan secara umum di hadapan anak-anak yang lain tanpa menyebutkan nama pribadi dan jika tidak berkesan hendaklah dinasihati dengan cara empat mata yaitu antara bapak dengan anak. Jika cara ini masih tidak berkesan, kanak-kanak itu hendaklah dirotan sekiranya umurnya telah mencapai sepuluh tahun.

6. Jika anak-anak dipukul dengan rotan, pukul tanpa mencederakan dan jangan beri peluang orang lain membantunya. Sebaliknya, biarkan dia menahannya sebagai seorang yang berani.

7. Utamakan menasihati, mengajar dan mendidik anak agar beradab daripada memukul.

Denda biarlah sesuai dengan umur dan kesalahan anak anak serta dengan niat mendidik, bukan karena marah. Kalau perlu dirotan hendaklah dirotan pada tempat yang tidak berbahaya seperti di kaki, jangan di muka yang dapat menyebabkan kecacatan. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesuatu pemberian yang lebih utama dari seorang bapak kepada anaknya ialah mengajarnya adab. Mengajar anak adab itu lebih utama daripada rnenakut nakutkan dia dengan pukulan karena meninggalkan kebaikan atau melanggar perintah Allah.”

C. Makan Minum

1. Ajarlah anak-anak kita makan dan minum mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Antaranya:
a. Mengambil makanan dan menyuap dengan cara yang betul yakni menggunakan tangan kanan saja. Jangan biarkan dia menggunakan tangan kin.
b. Setelah membasuh tangan lalu membaca doa ketika memulakanmakan. Sekurang-kurangnya membaca ‘Bismillah’. Sebaik. baiknya bacalah doa ini: Artinya: “Ya Allah, berikanlah berkat bagi makanan yang telah Engkau rezekikan dan hindarkanlah kami dari api Neraka.’
c. Jangan memulai makan sebelum orang lain memulainya.
d. Jangan memandang makanan dengan pandangan yang liar atau tajam.
e. Jangan melihat muka orang yang sedang makan.
f. Makanan hendaklah dikunyah hancur-hancur sebelum ditelan supaya mudah dicerma.
g. Jangan sampai mengotorkan pakaian dengan makanan itu.
h. Sekali-sekali biasakan makan tanpa lauk-pauk supaya ia tidakmenganggap lauk-pauk itu suatu keharusan.
i. Sewaktu minum janganlah menghembuskan nafas ke dalam cawan.
j. Jika minuman itu panas, jangan. dibiarkannya meniup. sebaliknya didiklah mereka bersabar dan tunggu sampai dingin.
k. Gelas dipegang dengan tangan kanan, jika menggunakan tangan kiri, hendaklah dialas dengan tangan sebelah kanan.

2. Ingatkan anak-anak supaya jangan banyak makan karena ia suatu sifat tercela seperti sifat binatang. Anak-anak yang banyak makan hendaklah ditegur di hadapan anak-anak lain. Sebaliknya anak anak yang makan sedikit serta menjaga adab-adabnya diberi pujian yang sewajarnya. Orang yang kurang makan mudah menerima ilmu.

3. Didiklah dia selalu supaya berpuas hati dengan makanan yang ada dan tidak cerewet.

4. Beri anak-anak makanan yang halal, tanpa syubhat karena kesucian makanan mempengaruhi roh dan jasad manusia. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: ‘Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, api Neraka adalah lebih utama baginya.”

D. Pakaian dan Perhiasan

1. Jangan membiasakan anak-anak dengan perhiasan dan cara-cara hidup bersenang-senang dan bermewah-mewah, nanti apabila dewasa ia akan menghabiskan waktunya untuk mengejar kemewahan. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang meningggalkan pakaian mewah karena tawaduk karena Allah sementara ia dapat membelinya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian manusia untuk disuruh memilih sendin pakaian iman yang ingin dipakainya.”

2. Anak laki-laki hendaklah dilarang (berulangkali) memakai pakaian sutera atau pakaian yang berwarna-warni karena kedua-duanya adalah pakaian perempuan, Orang laki-laki seharusnya malu memakai pakaian tersebut. Apabila melihat orang laki-laki memakai pakaian begitu hendaklah dicela.

3. Anak-anak hendaklah dibiasakan dengan pakaian lengkap menutup aurat serta menanamkan perasaan malu kepada mereka jika keluar rumah tanpa menutup aurat.

4. Anak-anak juga perlu dilatih dan dibiasakan dengan pakaian yang melambangkan syiar Islam, terutama pakaian orang-orang soleh.

5. Ajarkan anak-anak adabnya yaitu memakai dengan memulakan bagian kanan dan membuka pakaian dimulakan dengan bagian kiri.

6. Ajarkanlah juga membaca doa ketika berpakaian, membuka dan memakai pakaian.

E. Tempat Tidur

Jangan biasakan anak-anak tidur di kasur yang empuk (terutamanya anak laki-laki). Sekali-sekali ajar anak-anak supaya bersabar dengan tempat tidur yang keras dan kasar supaya semua anggota tubuhnya menjadi keras dan kuat serta tubuhnya tidak gemuk.

Pisahkan tempat tidur anak-anak dari tempat tidur ibu bapaknya apabila anak-anak itu sudah mengerti pergaulan suami isteri sebaik-baiknya apabila anak-anak itu sudah mumaiyiz yaitu berumur enam tahun selewat-lewatnya setelah berumur sembilan tahun. Pisahkan juga tempat tidur anak laki-laki dan tempat tidur anak perempuan.Dari Umar bin Syuaib, dari ayahnya, dari neneknya r.a, dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Pisahkanlah anak laki-laki dari anak-anak perempuan di tempat tidur rnereka.”

Antara adab-adab tidur yang perlu diajar dan diperhatikan ialah
a. Gosok gigi dan berwuduk sebelum masuk tidur dan membaca doa
b. Tidur menghadap ke kiblat sama ada miring ke kanan. dengan dada menghadap kiblat atau kepala ke arah kiblat.
c. Jangan biasakan anak-anak tidur dalam satu selimut bersama-sama.
d. Ceritakan kisah-kisah Nabi, para Sahabat dan orang soleh dengan niat mendidik untuk menanamkan sifat takwa, berani dan berakhlak.
e. Latih anak-anak bangun sebelum subuh (tergantung pada umurnya).
f. Ajarkan doa bangun tidur
g. Setelah itu cucilah tangan supaya bersih dari najis-najis yang mungkin terpegang atau tersentuh sewaktu tidur.

F. Memiliki Harta

1. Hendaklah dididik anak-anak supaya jangan terlalu mencintai emas, perak dan uang ringgit hingga menunjukkan sikap tamak terhadap barang-barang itu.

2. Jangan dididik berbangga di depan kawan-kawan dengan sesuatu yang dimilikinya seperti pakaian, alat permainan dan alat tulis. Biasakan ia dengan sifat merendah diri (tawaduk). Bagi anak yang kaya, dia hendaklah dididik bahwa kemuliaan itu terletak pada sifat suka memberi atau bersedekah dan bukannya mengambil hak orang lain. Mengambil hak orang lain itu adalah celaan dan kehinaan.

3. Jangan mengikut kemauan anak-anak dalam bersenang-senang’ bermewah-mewah.

G. Kesehatan dan Gerak Badan (Riadah)

Pada waktu siang ajak anak-anak berjalan, bergerak dan bersenam supaya mereka tidak biasa menjadi malas. Setelah anak-anak selesai belajar atau mengaji, ajak mereka bermain untuk melepaskan lelah tetapi jangan biasakan mereka terburu-buru ketika keluar bermain.

Anak-anak jangan dipaksa belajar dan dilarang bermain, karena itu akan mematikan hatinya, menumpulkan otaknya dan mendatangkan rasa bosan dalam hidupnya.
Peliharalah anak-anak dari segala macam penyakit. Sabda Rasulullah SAW: “Bau tubuh anak-anak adalah sebagian angin Surga.”

Laranglah anak-anak biasa tidur waktu siang karena ia menghidupkan sifat malas (kecuali tidur Khailullah sebelum waktu Zuhur untuk memudahkan melakukan ibadah qiamullail sebelum Subuh), tetapi jangan ditahan ia tidur pada malam hari.

Biasakan anak-anak memakai sepatu ketika berjalan.
Pastikan tangan dan kuku anak-anak selalu bersih setiap saat
Ajar anak-anak gosok gigi.
Latih anak-anak merapikan rumah sambil bermain. Sedia tempat sampah dalam rumah. Ajak ia bersama-sama menyusun dan merapikan barang-barang yang ia berantakkan.
Bentuk riadah yang dibenarkan ialah jenis berlumba, yang dilarang. ialah jenis berebut.

H. Hiburan

• Ibu bapak hendaklah menggembirakan dan menghibur anak-anak dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syariat .Sabda Rasulullah SAW: “Surga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tidak akan masuk ke dalamnya selain orang yang menggembirakan anak-anak.” ‘ Sabda Rasulullah SAW lagi “Barang siapa menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang selalu menangis karena takutkan Allah, orang yang menangis karena takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.”

• Ibu bapak hendaklah selalu mencium anak-anak untuk menggembirakan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Ciumlah anakmu karena pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu derajat di Surga. Nisbah di antara dua derajat ialah 500 tahun.” Aqrak bin Rabis suatu kali melihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hasan. Aqrak berkata: “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tidak ada seorang pun yang pemah kucium.” Sabda Nabi SAW: “Orang yang tidak penyayang tidak pula akan disayang.”

• Berilah anak-anak buah tangan atau hadiah. Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa keluar ke pekan mukmin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa hadiah untuk anak-anaknya niscaya mendapat rahmat dari Allah dan tidak disiksa di Akhirat kelak.

• Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki laki dalam membeli hadiah. Dari Anas, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa pergi ke pasar dan membeli suatu barang untuk ahli keluarganya dan ia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti ia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah ia memerdekakan anak Nabi Ismail. “

• Samakan perbelanjaan anak-anak. Sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Abbas : “Samakanlah uang belanja anak-anakmu.”

• Dilarang menghiburkan anak-anak dengan hal-hal yang dapat merusakkan akhlaknya seperti lagu-lagu dan bahan-bahan bacaan khayalan atau cerita asyik-mahsyuk. Begitu juga program TV, pesta-pesta, film dan yang sejenisnya.

• Anak-anak juga harus dilarang dari memuja dan menyebut orang yang diketahui banyak melakukan perkara fasik seperti penyanyi-penyanyi.

I. Ibadah

• Apabila anak sudah bersifat mumaiyiz seperti adanya sifat malu, hendaklah diperketatkan lagi pengawasan terhadapnya dan dididik melaksanakan hukum syariat. Anak yang sudah mumaiyiz juga wajib dididik soal-soal taharah (bersuci) dengan betul serta dilatih beribadah terutamanya sholat dan puasa.

• Apabila berumur tujuh tahun hendaklah disuruh sholat dan jika masih lagi meninggalkan sholat sedangkan dia sudah berumur sepuluh tahun pukullah dia sebagai didikan, tetapi jangan sampai mencederakannya. Dari Umar bin Syuaib dari ayahnya dari neneknya berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Suruhlah anak-anakmu sholat ketika umumya tujuh tahun dan pukullah dia karena meninggalkan sholat jika dia telah berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan anak laki-laki dan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.”

J. Pendidikan Tambahan Selain di Sekolah

• Anak-anak hendaklah dididik dan dilatih menulis dan membaca serta juga memahami Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Selalu menceritakan sejarah Rasulullah SAW, para rasul lain, para Sahabat dan orang-orang soleh zaman dahulu dan sekarang supaya tertanam pada dirinya kecintaan kepada mereka.

• Dilarang membaca atau mendengar cerita-cerita atau lagu-lagu yang menggambarkan kisah cinta asyik maksyuk, kisah-kisah khayalan, komik dan kartun dari bahan-bahan bacaan yang tidak berlandaskan syariat karena semuanya itu akan menumbuhkan benih-benih kerosakan di dalam dirinya.

• Apabila anak-anak telah baligh, ajarlah dia ilmu-ilmu agama dan hukum-hukurn syariat, hikmah dan cerita-cerita tentang mati, Syurga, Neraka, padang Mahsyar, Mizan dan lain-lain. Sabda Rasulullah SAW: “Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam Surga.” Sabda Rasulullah SAW lagi: “Barang siapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga ia mendapal kemewahan rezeki dari syafaat (pertolongan) anak-anaknya.”

• Barang siapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu, dan barang siapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya.

• Wajib bagi ibu bapak mencegah anak-anak dan melakukan dosa atau hal-hal yang haram seperti berzina, liwat, mencuri, minum arak, mengumpat, mengadu domba, berdusta, menyanyi lagu mengkhayalkan atau dengan iringan musik, dan menampakkan aurat.

K. Berdikari

Apabila anak telah dewasa terutama anak laki-laki, hendaklah diajar kaedah mencari sumber pendapatan dan penghidupan sendiri yang halal dan menepati syariat.
Apabila anak-anak telah berumur 16 tahun (terutama yang perempuan) hendaklah dicarikan jodoh dan dikawinkan ia. Sabda Rasulullah SAW: “Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun maka kawinkanlah ia dan ketika itu ayah memegang tangannya sambil berkata: “Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kukawinkan. Semoga aku dilindungi Allah dan bencana karena dirimu di dunia dan di Akhirat.” Thabrani menwayatkan dari Ibnu Umar r.a. Seorang laki-laki bertanya, “Ya Rasulullah, kepada siapakah saya harus berbakti?” Jawab baginda: “Berbaktilah kepada ibu bapakmu.” Kata laki-laki itu lagi, “Ibu bapaku sudah tidak ada lagi.” Sabda Nabi SAW: “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu. Ibu bapak berhak terhadap dinmu dan anakmu pula berhak atas dirimu.”

L. Adab Dengan Ibu bapak

• Taat kepada dua ibu bapak dalam semua hal kecuali yang durhaka (maksiat) kepada Allah dan Rasul, itupun hendaklah dengan cara yang lembut.

• Salam dan cium tangan keduanya pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur dan waktu-waktu lain yang munasabah.

• Doakan keampunan bagi orang tua. Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa Kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil dahulu.”

• Tidak masuk ke dalam kamar kedua ibu bapak sebelum mendapat keizinan daripada mereka.
• Meminta izin dari keduanya apabila hendak keluar rumah.
• Tidak menjulurkan atau melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan keduanya.
• Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapak sedang duduk melainkan mendapat ijin.
• Tidak memotong percakapan mereka.
• Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi atau lebih mulia, sedangkan kedua mereka duduk di bawah atau tempat yang lebih rendah.
• Tidak lalu atau melintas di hadapan mereka kecuali setelah diizinkan.
• Menjawab panggilan mereka dengan segera walaupun sedang melakukan amalan sunat.
• Segera melakukan suruhan dan patuh meninggalkan larangan.
• Jangan mengejutkan mereka dengan tujuan mengusik atau bergurau.
• Tidak berjalan mendahului mereka di siang hari, tetapi boleh di waktu malam.
• Tidak menjamah hidangan makanan sebelum mereka mendahuluinya dan tidak mernanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.
• Berbincang segala masalah tanpa menepikan ibu bapak dalam urusan hidup.
• Bercakap dengan lemah-lembut, beradab dan merendahkan suara di hadapan mereka.

Sumber: Delta Papa

Di mana silapnya?

Mayat bayi depan rumah
Oleh: Yusri Sahat (utusanpahang@utusan.com.my)



MAYAT bayi lelaki masih bertali pusat dijumpai di hadapan rumah sewa Mohd. Hafiz Ismail di Taman Balok Makmur, Kuantan, semalam.

KUANTAN 28 Mei – Kes pembuangan bayi masih terus berlaku meskipun pendedahan demi pendedahan disiarkan oleh media setiap hari.

Terbaru seorang pekerja kilang di sini terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah sewanya di Taman Balok Makmur di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online, 29 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.

Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.

Sumber: Kosmo, 18 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------



Allah Maha Berkuasa... walau dimasukkan ke dalam beg plastik yang bertutup dan digenangi air... anak kecil tidak berdosa ini masih berupaya bernafas!

Dan lagi...???



Sumber foto: Yanadzul

Dan lagi...???



Sumber foto: Fazdli

-----------------------------------------------------------
Bayi masih hidup ditemui dalam beg plastik sampah

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia.

Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia.

Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya.


ANGGOTA polis mendukung bayi yang ditemui dalam plastik sampah di Seremban semalam.

Sumber: Kosmo Online, 2 April 2009

Petunjuk hidup yang langsung tidak diendahkan... :(

"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-An’aam: Ayat 140)

“Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.” (Surah al-Isra : 32-33).

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya." (Surah An-Nisaa’: Ayat 93)

Benarkah sayang?

Sayang... ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anaknya? Sedangkan haiwanpun tahu sayangkan anaknya inikan pula manusia! (Tapi artikel di bawah post ni, lain pulak kisahnya!)

Tapi... faham benarkah kita apa erti sayang? Bagaimana nak mengukur sayang agaknya?

Cukup ke dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran di sekolah? Cukup ke dengan memberi makan minum yang mencukupi kepada anak-anak? Cukup ke dengan memberi pakaian yang cantik dan hebat kepada anak-anak? Cukup ke agaknya???

Teringat firman Allah s.w.t, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...” (At–Tahriim : ayat 6)

Saya sendiri berazam untuk menjadikan ayat ini sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak supaya mereka akan berpanjangan bahagia dan berjaya bukan saja di dunia malah juga di akhirat. Kerana apa? Kerana itulah tanda kasih sayang tulus ikhlas saya pada mereka. Harapnya diberi semangat yang berterusan dan konsisten dalam segala usaha pembaikan. InsyaAllah...

Undi ibu pilihan anda!


Undi A!


Undi B!

Kentalkah jiwaku seperti dia?











Berbahagialah dirimu wahai ibu Palestina... selamat kembali menemui Ilahi.
"Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali Imran: 169)


Tabahlah wahai anak... berbanggalah dengan ibumu... bangkitlah dan teruskan perjuangan... ibumu menunggu di sisiNya...
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)


Alangkah kental jiwa Ibu Sumayyah!

Saya boleh buat tidak kisah tapi entah kenapa... saya berasa tetap mahu ambil kisah... kerana saya lemas dengan suasana persekitaran ketika ini... kerosakan jiwa berlaku di sana sini... Mungkinkah saya boleh berdiam diri...? Hati kecil saya tetap berkata tidak mungkin. Saya perlu berbuat sesuatu. Maka, inilah jihadku yang teramat kecil... Moga diterima Allah s.w.t.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)

Ibu-ibu rakan mayaku... apa pula misi kalian?

Alangkah cemerlangnya hidupmu idolaku Ibu Sumayyah...





Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd.
Lirik : Fahrul Mohd. Joui
Hijjaz Record Sdn.Bhd